GPS digesa beri peruntukan pada semua wakil rakyat di Sarawak 0 5536

Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) didakwa tidak serius dalam mentadbir negeri ini secara adil dan demokratik apabila tidak memberi peruntukan kepada anggota Dewan Udangan Negeri (ADUN) daripada pembangkang.

ADUN Pelawan, David Wong Kee Woan berkata kerajaan negeri diketuai Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg perlu membalas apa yang diberi kerajaan persekutuan kepada semua anggota parlimen pembangkang, termasuk 19 daripada GPS.

“Mereka betul-betul BN 2.0. Tidak lebih dan tidak kurang,” kata Wong dan menambah bahawa peruntukan bagi pembiayaan sepatutnya diberi kepada semua kawasan kerana ini negara demokrasi dan semua wakil rakyat perlu dilayan secara sama rata.

Dalam sidang media di ibu pejabat DAP Sibu, Sarawak hari ini, beliau mempersoalkan tindakan Abang Johari memberi peruntukan tambahan RM1 juta kepada setiap wakil rakyat GPS, di samping peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (PTL) sebanyak RM5 juta dan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (PKLB) sebanyak RM2 juta.

Wong berpendapat pemberian peruntukan tambahan kepada wakil rakyat GPS itu merupakan tamparan bagi wakil rakyat Pakatan Harapan (HARAPAN) yang percaya bahawa kerajaan GPS sudah berubah sikap, tetapi sebaliknya merupakan “wain lama dalam botol baharu” dan tidak langsung bersikap mesra terhadap PH.

Beri dana pada wakil rakyat HARAPAN

Ketika menyampaikan ucapan penggulung pada sidang Dewan Undangan Negeri (HARAPAN) Sarawak di kompleks DUN itu pada 18 Julai, Abang Johari mengumumkan peruntukan siling RM1 juta kepada setiap ADUN GPS untuk kawasan masing-masing bagi melaksanakan Program Baik Pulih Rumah di bawah Pojek Perumahan Rakyat Termiskin tahun ini.

Abang Johari dilaporkan berkata kerajaan negeri akan menimbang untuk memberi dana di bawah PKLB kepada wakil rakyat HARAPAN sebagai peruntukan timbal balas sekiranya kerajaan persekutuan memberi peruntukan serupa kepada Anggota Parlimen GPS.

Wong juga berkata beliau juga hairan bagaimana jumlah peruntukan bagi cadangan pembinaan Jalan Lingkaran Luar Sibu sebanyak RM70 juta yang beliau tanya kepada kerajaan negeri sebelum ini meningkat kepada RM300 juta secara tiba-tiba.

“Dalam jawapan (semasa sidang DUN), Menteri Pengangkutan Sarawak, Tan Sri Dr James Masing berkata beliau akan memohon mendapatkan RM300 juta bagi melaksanaan projek itu daripada Menteri Kerja Raya (persekutuan) dengan secepat mungkin.

“Beliau bermain tai chi,” kata Wong dan mempersoalkan bagaimana jumlah itu boleh meningkat dan kerajaan negeri sebenarnya mampu membiayai projek berkenaan kerana ia mempunyai rezab lebih RM30 bilion.

Beliau berkata berlaku amalan berat sebelah dari segi peruntukan yang diberi kepada majlis tempatan di Sarawak.

“Majlis Perbandaran Sibu (MPS) hanya dapat RM1.8 juta dan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) RM1.5 juta, sedangkan Lembaga Pelabuhan Bintulu, yang bukan majlis tempatan dan dipengerusikan Abang Johari, mendapat peruntukan RM200 juta.

“Kerajaan GPS tidak berlaku adil apabila mengetepikan Sarawak Tengah, terutama Sibu. Mungkin mereka mahu menghukum rakyat Sibu kerana mengundi pembangkang. Ini tidak adil. Tidak betul,” katanya.

GPS terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP).

– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13498

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8148

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news