Keharmonian pelbagai kaum di Sarawak meriahkan Niti Daun 2018 0 6370

KUCHING: Perarakan Gawai Dayak atau Niti Daun yang berlangsung di bandar raya ini semalam menarik perhatian ribuan warga kota termasuk pelancong  tempatan dan luar negara.

Lebih meriah, perarakan tersebut turut disertai Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta isteri Datin Patinggi Dato Juma’ani Tuanku Bujang serta menteri-menteri kabinet negeri yang lain.

Antaranya Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri James Masing, Menteri Utiliti Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom merangkap pengerusi jawatankuasa penganjur serta pemimpin-pemimpin Dayak yang lain.

Perarakan sejauh satu  kilometer ini  bermula dari pekarangan Bangunan Tun Jugah menuju ke  pentas utama pekarangan Tower Square, Tebingan Kuching.

Dalam pada itu, perarakan dimulakan dengan upacara Ngerandang Jalai iaitu upacara simbolik pembuka jalan dalam erti kata ia adalah untuk mohon agar perjalanan dan segala yang dilakukan berjalan dengan lancar.

Terdahulu sebelum upacara tersebut terlebih dahulu diadakan upacara miring oleh Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS) di hadapan Bangunan Tun Jugah.

Sebanyak 93 kontinjen darat dan 31 kontinjen sungai melibatkan 3,000 peserta menyertai perarakan ini termasuk konvoi motosikal berkuasa tinggi.

Perarakan ini adalah bersempena sambutan Perayaan Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak 2018 anjuran komuniti Dayak Iban.

Kali terakhir perarakan sebegini  dilangsungkan adalah pada tahun 1994, iaitu 24 tahun lepas.

Penganjuran semula perarakan Niti Daun ini diharap dapat mempromosikan budaya dan kewujudan masyarakat Dayak bukan sahaja di Sarawak, tetapi juga di Malaysia dan di mata dunia. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13543

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8153

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news