Hampir 40 kaki judi ditahan sabung ayam di Miri 0 6356

MIRI: Polis membongkar kegiatan sabung ayam haram apabila 37 kaki judi ditahan dalam serbuan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Miri pada 1 Januari lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata gelanggang sabung ayam haram ditemui di Batu Niah dalam serbuan pukul 2 petang yang diketuai ASP Lim Jaw Shyong.

“Tiga puluh tujuh suspek ditahan kerana menyabung ayam di khemah sementara. Polis turut merampas ayam hidup dan mati serta peralatan perjudian berkaitan sabung ayam, ini adalah serbuan terbesar setakat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata seramai 75 individu termasuk 37 suspek berumur antara 17 dan 62 tahun ditahan kerana kesalahan berkaitan perjudian dalam 27 serbuan yang dilakukan antara 1 Jan dan 7 Jan di seluruh negeri.

“Semua yang ditahan disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Ordinan Pencegahan Penganiayaan Terhadap Binatang 1962,” katanya. — SarawakVoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15273

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8402

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news