Harap kerajaan PH tidak pilih kasih – Abdul Karim Hamzah 0 5827

KUCHING: Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berharap kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan (PH) tidak bersikap pilih kasih dalam penyediaan fasiliti sukan dan memastikan semua negeri dapat menikmati kemudahan sukan yang setara.

Menurutnya, atlet-atlet sukan di Sarawak dan Sabah telah lama berdepan kekangan untuk meningkatkan prestasi berbanding rakan-rakan mereka di Semenanjung Malaysia kerana ketiadaan kemudahan sukan yang baik seperti sekolah sukan lengkap dengan fasiliti terkini.

“Memang tidak dinafikan peluang untuk atlet-atlet Sarawak dan Sabah meningkatkan prestasi amat sukar kerana tiada kemudahan lengkap dibina di kedua-dua negeri terbabit.

“Sekolah sukan di Sabah hanya untuk dua atau tiga jenis sukan sahaja. Sarawak lagiparah. Sekolah Sukan SMK Tabuan Jaya hanya setaraf sekolah asrama tetapi dipanggil mereka sekolah sukan,” katanyakepada Utusan Borneo di sini semalam.

Beliau juga berharap pentadbiran baharu akan lebih telus terutamanya dalam memutuskan sesuatu keputusan besar yang melibatkan sukan negara.

“Memang kadang-kadang kedengaran ‘high handed decision’ dibuat oleh pegawai-pegawai atasan atau menteri tanpa mendengar pandangan persatuan-persatuan sukan atau negeri-negeri terlibat.

“Contohnya, dahulu pengguguran tiga sukan tetap (core) pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang diumumkan olehmenteri sukan dahulu tanpa usul periksa.

Selepas bantahan negeri-negeri baharulah kementerian terbabit mengembalikan sukan tersebut,” katanya.

Jelasnya, pentadbiran baharu harus meneruskan agenda pembangunan sukan negara seperti yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Dengan perubahan yang mendadak dalam senario politik tanah air dan sekali gus perubahan besar dalam pentadbiran kementerian termasuk yang menjaga sukan tanah air, harapan saya adalah mutu dan pentadbiran sukan menjadi lebih baik dan seterusnya dapat mengangkat nama Malaysia ke persada lebih tinggi dalam dunia sukan,” kata Abdul Karim.

Sementara itu, Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan menjelaskan bidang sukan tidak harus dipolitikkan sambil berharap pentabiran kerajaan baharu bersikap adil kepada semua negeri dalam aspek pembangunansukan.

“Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat memastikan pembangunan sukan setiap negeri di Malaysia diteruskan tanpa mengira fahaman politik,” katanya.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15145

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8385

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news