Harga gula turun 10 sen 0 7905

PUTRAJAYA – Harga kawalan gula akan turun sebanyak 10 sen per kilogram (kg) berkuat kuasa 1 September 2018 selaras dengan trend harga mentah di pasaran dunia yang semakin menurun.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, penurunan itu menjadikan harga kawalan gula pasir kasar yang baharu adalah RM2.85kg manakala bagi gula pasir halus RM2.95kg.

“Harga pasaran gula melalui trend menurun harga yang semakin jatuh dan kita juga melihat bahawa pasaran domestik di negara jiran Asia turut melalui penurunan harga.

“Kita juga sedar bahawa isu kos sara hidup rakyat antara lain turut disumbangkan oleh peningkatan harga gula, maka kementerian setelah mengambil kira alasan-alasan tadi ingin maklumkan berkuat kuasa 1 September 2018 kepada KPDNKHEP akan turunkan harga gula pasir sebanyak 10 sen setiap kg,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Saifuddin, sebelum ini harga bagi gula pasir kasar adalah RM2.95kg manakala gula pasir kasar pula RM3.05.

“Trend ini disebabkan penurunan harga gula di Asia seperti Indonesia RM3.58kg iaitu turun RM1.58 seterusnya di Singapura turun kepada RM4.65 turun 40 sen dan Thailand harga runcit RM2.75 turun 25 sen,” katanya. – K! ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13408

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8131

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news