Henti beri bonus, duit raya kepada penjawat awam – Khairy 0 7438

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Kerajaan Pakatan Harapan turut dicabar menghentikan pemberian bonus dan duit raya kepada kakitangan awam sekiranya menganggap Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai satu sogokan atau rasuah.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, pemberian wang tunai merupakan satu polisi yang diamalkan oleh banyak negara lain.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, pemberian tersebut sangat membantu untuk menanggung beban sara hidup bagi golongan berpendapatan rendah B40.

β€œKalau pemberian wang tunai itu sogokan, hentikan juga bonus dan duit raya untuk kakitangan awam. Konsisten,” katanya dalam Twitter, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa BR1M akan dikurangkan sedikit demi sedikit sebelum dihapuskan dalam masa terdekat.

Menurut Perdana Menteri, ia terpaksa dilakukan memandangkan rakyat terlalu dimanjakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tambah Khairy, beliau juga membantah pengurangan atau pemansuhan BR1M.

Ujarnya, alasan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa BR1M merupakan satu rasuah juga sangat dangkal.

Beliau memberitahu, ini kerana BR1M boleh dikukuhkan dari segi pengesahan penerima yang layak dan perbelanjaan bersyarat (hanya boleh guna untuk beli barang2 tertentu). – UTUSAN ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14891

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8354

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news