HARGA runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga dan empat sen manakala diesel naik lima sen bermula 12.01 tengah malam ini hingga Rabu depan.
Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 naik tiga sen daripada RM2.17 kepada RM2.20 seliter manakala RON97 naik empat sen daripada RM2.43 kepada RM2.47 seliter.
Sementara itu, diesel naik lima sen daripada RM2.13 kepada RM2.18 seliter.
Harga bahan api itu berkuat kuasa dari 1 Mac hingga 7 Mac 2018. -HM