Harga Proton naik RM1,500 ke RM3, 000 lepas SST 0 5549

Proton – Foto Bernama

SHAH ALAM – Proton Edar Sdn Bhd menjangka harga kenderaan jenama tempatan akan meningkat sekitar RM1,500 hingga RM3,000 apabila Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula September depan.  

Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Abdul Rashid Musa menasihatkan orang ramai membeli kereta itu sekarang, iaitu ketika dalam tempoh peralihan daripada kadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada SST untuk menikmati penjimatan.          

“Kita menjangka harga kenderaan Proton akan meningkat selepas pelaksanaan SST, cuma angka tepat belum dapat dipastikan memandangkan kerajaan belum lagi mengumumkan mekanisme cukai ini.          “Pengiraan peningkatan harga ini (RM1,500-RM3,000) dibuat berdasarkan tindakan kerajaan terdahulu memperkenalkan GST bagi menggantikan SST di mana terdapat pengurangan dalam harga kereta Proton sekitar RM1,500 hingga RM3,000 pada waktu itu.       

“Justeru, apabila SST diperkenalkan semula, kami menjangka akan ada peningkatan harga dalam kuantum sama,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian hadiah program ‘Proton Wealth on Wheels (WOW) Challenge’ di sini hari ini.      

Abdul Rashid berkata, semua kenderaan Proton masih boleh ditempa memandangkan stok masih mencukupi untuk memenuhi permintaan dalam tempoh peralihan sistem percukaian itu daripada kadar sifar GST kepada SST.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya jangan terlalu memilih warna kereta dan varian sekiranya mahu kenderaan diserahkan kepada mereka dengan kadar segera.  

WOW adalah program hasil kerjasama Proton dan Grab Malaysia bagi memberi cabaran kepada pemandu perkhidmatan itu untuk menamatkan cabaran berdasarkan penggunaan bahan api dan perbatuan tertinggi.          

Dipecahkan kepada tiga kategori iaitu kereta Proton Iriz, Saga dan Persona, setiap pemenang membawa pulang ‘baucar jualan’ untuk pembelian kereta Proton baharu bernilai RM6,888. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13522

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8153

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news