Jamin harga barang tidak naik – Lim Guan Eng 0 5521

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan memastikan harga barang tidak naik sewenang-wenangnya menerusi pelaksana­an cu­kai jualan dan perkhid­matan (SST).

Lim Guan Eng

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, hal itu kerana kerajaan melihat impak pelaksanaan SST adalah lebih ringan berbanding cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

“Kita simpati kepada rakyat. Kenapa kita mesti hendak bergantung kepada GST? SST adalah jauh lebih ringan berbanding GST,” katanya bagi menjawab celahan Datuk Seri Hamzah Zainuddin (BN-Larut) ketika perbahasan usul Rang Undang-undang Cukai Per­khidmatan 2018 dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Hamzah mengutarakan persoalan mengenai bagaimana ke­ra­jaan dapat mengawal harga barang dan perkhidmatan selepas pelaksanaan SST.

Hamzah Zainuddin

Rang undang-undang tersebut diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Guan Eng di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof.

Tambah Guan Eng, sewaktu pelaksanaan GST, kutipan cukai yang diperoleh adalah sebanyak RM44 bilion dan kutipan daripada SST pula dijang­ka RM21 bilion.

Beliau berkata, separuh daripada kutipan GST itu secara tidak langsung telah menunjukkan kesan yang dialami SST adalah separuh daripada kesan GST.

“Sekiranya ada ketirisan dalam SST, kita harap dapat dikawal di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Itu harapan kerajaan dan rakyat Malaysia,” jelasnya. – Utusan Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13523

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8153

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news