Hari Pekerja 2018 mungkin tidak disambut 1 Mei, kata Riot 0 5640

PUTRAJAYA: Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot semalam membayangkan sambutan Hari Pekerja tahun ini mungkin tidak dapat diadakan pada1 Mei seperti kebiasaan.

Sebaliknya kata beliau sambutan itu mungkin hanya boleh dibuat selepas ‘satu raya besar’  yang merujuk kepada Pilihan Raya Umum  Ke-14.

“Tema Hari Pekerja 2018 yang dipilih iaitu ‘Pekerja Berkemahiran, Peneraju Kecemerlangan Negara’ telah dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Februari lepas, tetapi saya tidak dapat beri jaminan sambutan Hari Pekerja yang biasanya disambut pada 1 Mei dapat dilaksanakan pada tarikh tersebut.

“…ia mungkin hanya boleh dibuat selepas satu raya yang besar,” katanya yang disambut tepukan dan ketawa tetamu pada majlis penyampaian Anugerah PerkhidmatanCemerlang kementerian itu,  di sini.

Majlis yang turut dihadiri Timbalannya Datuk Seri Ismail Abd Muttalib dan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Dr Mohd Ghazali Abas itu menyaksikan 642 warga kerja cemerlang menerima anugerah masing-masing.

Sementara itu, Riot turut menggesa warga kementeriannya meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan seiring hasrat kerajaan menjadikan 2018 sebagai tahun kejayaan dan keberhasilan yang mengagumkan bagi Malaysia.

Beliau berkata antara aspek yang perlu ditingkatkan ialah keupayaan melakukan pelbagai tugasan agar pelaksanaan agenda nasional dan kementerian dapat dilangsungkan  dengan lebih cemerlang.

“2018 merupakan tahun yang penting selepas kejayaan melaksanakan aspirasi 2017 sebagai tahun penyampaian, dan sebagai antara kementerian utama berkaitan perkhidmatan, kesinambungan kejayaan itu perlu menjadi keutamaan kepada setiap orang.

“Untuk itu, kita semua perlu melatih diri menjadi lebih ‘multi-tasking, multi-skills dan multi-talented’ yang mampu menyumbang kepada budaya kerja yang mementingkan keberhasilan yang mengagumkan,” katanya. — Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15435

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8424

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news