SPM: 73 pelajar SMK Methodist, Sibu perolehi A dalam semua subjek 0 6123

KUCHING: Seramai 73 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) SMK Methodist, Sibu memperolehi Gred A- dalam semua subjek yang diambil.

Pengarah Pendidikan Negeri, Rakayah Madon berkata, ia satu kejayaan yang membanggakan di sebalik pencapaian keseluruhan pada tahun 2017, yang menunjukkan peningkatan berbanding tahun-tahun lepas.

“Sebanyak 59 subjek telah diambil oleh calon dari seluruh Sarawak dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 57 mata pelajaran telah mencapai peratus kelulusan melebihi 80 peratus.

“Dalam peperiksaan SPM 2017, seramai 28,108 daripada 33,778 calon Sekolah Menengah Kebangsaan telah hadir dan berjaya mendapat sijil SPM dengan memenuhi syarat sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah,” katanya pada Majlis Pengumuman Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017, di sini, semalam.

Jumlah calon yang telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2017 katanya, adalah sebanyak 37,092 calon dan daripada jumlah tersebut sebanyak 34,183 adalah calon Sekolah Menengah Kebangsaan, 361 calon sekolah agensi selain Kementerian Pendidikan Malaysia, 1,083 calon swasta dan 1,465 calon persendirian.

Pada tahun lalu, sebanyak 263 pusat peperiksaan telah disediakan untuk mengendali peperiksaan SPM 2017 di seluruh negeri, melibatkan seramai 257 penyelia kawasan dan 2,150 pengawas.

Sementara itu, sebahagian besar sekolah di Sarawak dirumuskan sebagai berada dalam kategori pencapaian sekolah Cemerlang, Baik dan Memuaskan manakala empat sekolah lain memperoleh Pencapaian Berpotensi.

Berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS), sebanyak 22 sekolah menengah di negeri ini telah berjaya mencapai GPS 4.00 dan ke bawah, katanya lagi. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13398

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8129

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news