Insiden Gua Tham Luang 4 mangsa pertama dikeluarkan dalam keadaan baik 0 3134

BANGKOK – Empat kanak-kanak lelaki pertama yang dikeluarkan dari Gua Tham Luang di wilayah Chiang Rai, utara Thailand malam tadi berada dalam keadaan baik, kata Menteri Dalam Negeri, Jeneral Anupong Paojinda pagi tadi, demikian menurut akhbar Bangkok Post.

Kesemua empat kanak-kanak itu kini dirawat di Hospital Chiangrai Prachanukroh di daerah Muang yang terletak kira-kira 70 kilometer dari Gua Tham Luang.

Anupong berkata, mereka diletakkan di bawah pemantauan kesihatan rapi dan berada dalam keadaan ‘kuat serta selamat’ tetapi perlu menjalani lebih banyak ujian perubatan.

Tiga daripada empat budak lelaki itu muncul dari Gua Tham Luang semalam dan dibawa ke hospital menggunakan sebuah helikopter, sementara budak keempat pula menaiki ambulans. Setiap seorang daripada kanak-kanak itu diletakkan di dalam beg kuning berisi oksigen dan dibawa oleh dua penyelam menerusi laluan sempit, berlumpur, berbatu dan berliku dengan suhu air yang sejuk sejauh 4 kilometer sebelum sampai ke tempat selamat.

Identiti budak-budak itu belum disahkan, namun menurut portal MailOnline, mereka dikenali sebagai Prajak Sutham (14), Pipat Bodhi (15), Monhkhol Boonpiam (13) dan yang paling muda, Nattawut Takamsa (11).

Seramai 12 kanak-kanak dan jurulatih bola sepak mereka terperangkap sejak 23 Jun lepas apabila hujan lebat mengakibatkan Gua Tham Luang digenangi air.

Sementara itu, pasukan penyelam sama yang terlibat dalam operasi menyelamat kelmarin akan dikerahkan semula untuk mengeluarkan baki sembilan mangsa yang masih terperangkap hari ini ekoran mereka sudah biasa dengan keadaan gua itu.

“Bagaimanapun, pasukan penyelamat itu akan diperiksa keadaan kesihatannya bagi memastikan mereka bersedia sepenuhnya untuk meneruskan operasi menyelamat,” kata Anupong lagi.

Terdahulu, ketua operasi mencari dan menyelamat, Narongsak Osottanakorn berkata, misi menyelamat akan disambung semula beberapa jam selepas operasi pertama berikutan pasukan penyelam perlu mengisi semula tangki oksigen dan bekalan di sepanjang laluan mereka. – Agensi

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13516

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8151

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news