Tabung solidariti Najib kutip hampir RM500,000 0 3176

Tabung Solidariti Datuk Seri Najib yang dilancarkan 5 Julai lalu bagi membantu bekas perdana menteri itu berdepan perbicaraannya di mahkamah berjaya mengutip RM489,166 setakat pukul 9.30 pagi ini, kata Datuk Razlan Rafii.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur pagi ini.

“Ini adalah tanda sokongan rakyat yang merasakan pengorbanan beliau perlu dihargai…ada lagi rakyat yang masih bersolidariti dengannya.

β€œSemenjak tabung dilancarkan, telefon saya menerima pelbagai pesanan, Whatsapp dan panggilan. Ada yang bertanyakan kesahihan tabungan ini, ada yang menangis setelah menyumbang, ada yang berdoa agar Najib dapat mengatasi segala masalah yang timbul,” kata bekas ketua pemuda Umno Wilayah Persekutuan itu.

Selain anggota Umno, beliau berkata turut menerima sumbangan daripada warga Singapura, Brunei dan Indonesia.

Razlan kemudian bergegas ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana menurutnya mahu menyerahkan hasil kutipan itu kepada keluarga Najib.

Sementara itu, anak Najib, Nooryana Najwa dan Noorashman tiba di mahkamah sebentar tadi bagi membayar baki RM500,000 wang ikat jamin bapanya.

Turut hadir adalah suami Nooryana, Daniyar Kessikbayev.

Bayaran pertama dibuat pada Rabu lalu ketika Najib dibawa ke mahkamah untuk didakwa.

Beliau dihadapkan dengan tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM 42 juta. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15347

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8412

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news