Itali sah kemaraan Euro 2020 0 6041

ROME: Itali mengesahkan kemaraan ke Kejohanan Euro 2020 dengan baki tiga perlawanan peringkat kumpulan selepas merakam kemenangan 2-0 ke atas Greece di Stadio Olimpico, pagi tadi.

Penalti babak kedua yang disempurnakan pemain midfield Chelsea, Jorginho membantu Itali berada di depan sebelum pemain gantian, Federico Bernardeschi merembat gol kemenangan ketika perlawanan berbaki 12 minit.

Skuad bimbingan Roberto Mancini sudah memenangi semua tujuh perlawanan peringkat kumpulan dan menduduki tangga teratas Kumpulan J dengan mengutip 21 mata manakala peluang Greece yang menduduki tangga kelima kian tipis.

Finland pula berdepan detik malang apabila dibelasah 4-1 di laman Bosnia & Herzegovina namun kekal di tangga kedua dengan 12 mata, dua mata di depan Bosnia manakala Armenia, terlepas peluang keemasan menduduki tangga kedua apabila terikat 1-1 dengan Liechtenstein yang kekal di tangga tercorot.

Itali, yang memakai jersi hijau baharu kontroversi berbanding jersi biasa berwarna biru, bergelut mendapatkan gol di babak pertama meskipun menguasai perlmainan.

Begitupun anak buah Mancini menemui sasaran apabila rembatan Lorenzo Insigne terkena tangan pertahanan lawan, Andreas Bouchalakis lantas Jorginho menyempurnakan penalti pada minit ke-68.

Itali mengesahkan tiga mata apabila Bernardeschi yang masuk sebagai pemain gantian menyumbat gol kedua Itali.

“Kami agak gila pada babak pertama tapi tetap bersabar menggerakkan bola untuk membuka ruang,” kata Mancini kepada Rai Sport. “Kami menghantar bola jauh, ia tidak bagus.

“Pada babak kedua, ia agak relaks sikit, kami terus fokus dan akhirnya mencapai objektif kami.”

Kemenangan itu sudah menjamin laluan Itali ke pusingan akhir tahun depan sekali gus merakam kemenangan kelapan dalam semua pertandingan tapi masih kekurangan satu kemenangan untuk menyamai pencapaian dirakam skuad bimbingan Vittorio Pozzo pada musim 1938/39.

Dalam satu lagi aksi, dua gol jaringan pemain midfileld Juventus, Miralem Pjanic membantu Bosnia & Herzegovina membelasah Finland 4-1 ketika bertembung di Zenica.

Izet Hajrovic dan Armin Hodzic turut menemui sasaran manakala pelawat mendapat gol sagu hati menerusi jaringan Joel Pohjanpalo.

Armenia pula terlepas peluang berkongsi 12 mata dengan Finland selepas jaringan lewat Yanik Frick membolehkan Liechtenstein menyamakan jaringan awal Tigran Barseghyan untuk kedudukan terikat 1-1. – Reuters

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7791

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5404

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news