Terjun bangunan selepas dirogol 0 6303

SIBU: Seorang wanita nekad terjun dari tingkat satu sebuah bangunan apabila melarikan diri daripada seorang penganggur yang didakwa merogolnya di bilik sewa di Jalan Tan Sri di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa, 25, yang calar di bahagian badan dan patah jari kaki kanan, ditemui oleh orang awam sebelum dibawa ke Balai Polis Sentral untuk membuat laporan.

Katanya, polis turut menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum dihantar ke Hospital Sibu bagi rawatan lanjut.

“Bertindak atas laporan, polis menyerbu sebuah bilik sewa di Jalan Pahlawan pada pukul 11 pagi.

“Suspek yang berusia 22 tahun berjaya ditahan ketika dia cuba terjun dari tingkat dua,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Stanley berkata polis terpaksa menggunakan kekerasan yang munasabah semasa membuat tangkapan kerana suspek bertindak agresif.

Difahamkan, suspek disyaki orang dikehendaki polis di Kuching dan telah melarikan diri ke Sibu sejak beberapa bulan lalu.

Dalam kejadian sekitar pukul 5 pagi itu, mangsa yang menyewa di tingkat satu baharu keluar dari tandas apabila suspek bertindak menarik mangsa masuk ke dalam bilik mangsa.

“Mangsa telah dipukul dan diikat menggunakan tali plastik sebelum diperkosa.

“Suspek turut melarikan telefon bimbit dan juga wang tunai milik mangsa,” jelasnya lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 dan 376 Kanun Keseksaan kerana merompak dan mendatangkan cedera dan rogol. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12930

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12217

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news