Jamal masih tak dapat dikesan lepas 30 jam hilang 0 5487

Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos dikatakan masih belum muncul selepas 30 jam hilang dari Hospital Ampang Puteri semalam.

Kehilangan Jamal menyukarkan proses jaminan kes mahkamah yang sedang dijalaninya di wad hospital berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat yang dipetik Astro Awaniberkata, polis sedang giat mengesan kedudukan Jamal untuk menyelesaikan proses dokumentasi tersebut.

“Setakat ini (10 malam), kami belum dapat mengesan kedudukan beliau (Jamal). Kita berharap dia tampil dan bekerjasama untuk menyelesaikan proses jaminan mahkamah ini,” katanya dipetik sebagai berkata.

Jamal dikatakan hilang dari hospital tempatnya membuat rawatan sakit belakang itu antara pukul 5 ke 6 petang ketika pihak polis dan peguam sedang melakukan dokumentasi jaminan mahkamah.

Jamal disiasat berhubung kes memecahkan botol arak di hadapan pagar pintu masuk bangunan pentadbiran kerajaan negeri Selangor Oktober tahun lepas.

Sementara itu, peguam Jamal, Mohd Imran Thamrin awal hari ini berkata kehilangan Jamal dari wad hospitalnya semalam tidak disengajakan dan mungkin disebabkan ‘silap komunikasi’.

Mohd Imran juga menggesa anak guamnya hadir di balai polis dan membantu menyempurnakan proses ikat jamin. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13516

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8151

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news