Pelantikan Menteri dari Sarawak? Tunggu PM umum – Vernon Kedit 0 6554

KUCHING: Dua pemimpin Pakatan Harapan Sarawak, Chong Chieng Jen dan Baru Bian, diuar-uar akan dilantik sebagai menteri menerusi lantikan peringkat kedua kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setakat ini pimpinan parti itu enggan mengesahkan spekulasi tersebut. Chong merupakan Ahli Parlimen Stampin merangkap pengerusi Pakatan Harapan Sarawak, manakala Baru, Ahli Parlimen Selangau dan pengerusi PKR Sarawak.

Ketua Penerangan PKR Sarawak Vernon Kedit berkata lantikan ke jawatan dalam kabinet merupakan budi bicara Perdana Menteri.

“Harap kita semua bersabar dan biarlah Perdana Menteri melaksanakan tugasnya,” kata Vernon menerusi kenyataan media semalam.

Menerusi lantikan pertama kabinet selepas Pakatan Harapan menang pilihanraya, pemimpin dari Sarawak tidak tersenarai.Pada Khamis lepas, rombongan Pakatan Harapan Sarawak diketuai Chong melakukan kunjungan hormat terhadap DrMahathir di Putra Jaya.

Turut serta pada kunjungan kira-kira sejam itu ialah Baru, pengerusi Amanah Sarawak Mohamad Fidzuan Zaidi dan Vernon.

“Kami berbincang mengenai berbagai perkara termasuk hal ehwal politik Sarawak dan isu-isu mengenai manifesto Pakatan Harapan,” kata Vernon. Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15273

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8402

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news