Polis tahan tukang sapu kerana dera kanak-kanak 0 5989

LIMBANG: Seorang wanita yang bekerja sebagai tukang sapu ditahan polis bagi membantu siasatan kes dera membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang berada di bawah jagaannya.

Difahamkan, penahanan suspek berusia 20 tahun itu susulan laporan polis dibuat berikutan penemuan pelbagai kesan kecederaan mencurigakan pada tubuh kanak-kanak malang itu ketika dimasukkan ke Hospital Limbang kerana pengsan malam kelmarin.

Sumber memberitahu NSTP, polis juga sedang memburu suami wanita berkenaan selepas disyaki sering memukul kanak-kanak berkenaan yang juga anak saudara mereka.

“Ketika dimasukkan ke Hospital Limbang kira-kira jam 9 malam kelmarin, doktor yang merawat mangsa mendapati terdapat banyak kesan lebam pada tubuh kanak-kanak itu sehingga menimbulkan rasa curiga.

“Perkara itu kemudian dimaklumkan kepada polis yang kemudian membawa kepada penahanan wanita terbabit di Hospital Limbang untuk membantu siasatan. Seorang lagi suspek yang juga suami kepada wanita berkenaan juga sedang diburu,” katanya.

Katanya, mengikut maklumat yang diperoleh, kanak-kanak itu cedera akibat tergelincir di tepi sungai dan terhantuk pada batu sebelum dihantar ke Hospital Limbang untuk rawatan.

“Mangsa kini dipindahkan ke Hospital Miri untuk menjalani rawatan lanjut,” katanya.

Katanya, ibu kandung mangsa ketika ini sedang menjalani hukuman penjara akibat penyalahgunaan dadah.

“Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Foto: PDRM

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13011

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news