Janji kerajaan hapus GST adalah fantasi, kata Najib 0 5469

Meskipun dengan operasi penggeledahan polis yang dikaitkan dengannya, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tetap menyifatkan janji Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menghapuskan GST dan melakukan pembaharuan ekonomi sebagai fantasi dan tidak realistik.

“Itu (janji HARAPAN) adalah fantasi. Tak mungkin mereka boleh melaksanakannya,” katanya dipetik dalam wawancara Malay Mail semalam.

Najib berkata demikian sebagai merujuk janji HARAPAN membuat pengecualian dan penangguhan bayaran PTPTN, menghapuskan GST dan menurunkan harga minyak.

Najib turut menyatakan keraguannya terhadap langkah mengurangkan GST kepada sifar yang merupakan langkah sementara yang diumumkan HARAPAN dalam penghapusan cukai berkenaan.

“GST sifar bukan apa yang mereka janjikan. GST sifar boleh juga bererti anda boleh tambah bila-bila masa,” katanya.

Najib turut menyifatkan laporan yang mengatakan pentadbirannya gagal sebagai percubaan HARAPAN memburukkan imejnya.

“Sudah boleh dilihat bahawa tiga hari selepas pilihan raya, mereka kata ekonomi dalam keadaan kukuh.

“(Sedangkan) sebelum itu mereka kata ekonomi dalam keadaan teruk, kita sedang bankrap, dan Malaysia perlu diselamatkan.

“Adakah mereka cuba katakan bahawa ekonomi pulih dengan secepat itu?

“Simpanan kewangan kukuh, dan kita ada pertumbuhan yang baik?

“Tidak! Ini adalah kenyataan yang dibuat tiga hari selepas pilihan raya,” katanya dan menambah bahawa ekonomi sedia baik di bawah BN. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13494

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8148

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news