Najib: Saya bukan pencuri harta rakyat 0 5654

Dalam ucapan sulungnya di Pekan sejak kekalahan kerajaan BN yang dipimpinnya pada pilihan raya umum lalu, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan beliau mencuri dana kekayaan negara.

“Saya bukan orang yang mencuri harta rakyat, sebab itu banyak tuduhan dibuat,” katanya di hadapan sekurang-kurangnya 500 orang di bangunan Umno di Pekan hari ini.

Bekas presiden Umno itu menegaskan bahawa penduduk di Pekan tahu bahawa beliau bukan seorang pencuri atau penjahat.

“Orang Pekan tahu saya bukan pencuri, penyangak. Kenal saya sebagai 42 tahun berkhidmat,” katanya disambut teriakan “Kami sayang Datuk Seri!”

Sebaliknya, Najib berkata beliau menjadi sasaran kerana jawatannya sebelum ini sebagai presiden Umno dan perdana menteri.

“Saya dijadikan sasaran sebab saya presiden, PM. Kalau nak tumbangkan parti, kena presiden dan buat apa sahaja asalkan ‘brand’ saya rosak,” katanya.

Rosmah jadi sasaran

Menurut Najib inilah sebabnya mengapa isterinya Datin Seri Rosmah Mansor turut diserang oleh mereka yang menentangnya.

“Mereka serang saya, serang isteri saya. (Mereka kata) keputusan buat kena rujuk isteri saya. Itu fitnah sama sekali,” jelas beliau.

Najib menegaskan bahawa semua keputusan dibuat secara kolektif di dalam Kabinet dan bukan dibuat di rumahnya.

“Kita buat keputusan di kabinet. Saya tak buat keputusan dalam rumah. Keputusan direkodkan. Saya tak cakap tunggu dulu kena rujuk isteri saya.

“Tapi kerana isteri saya ni ada Master, dia agak mengetahui tentang perkembangan (politik), kadang-kadang dia terlepas cakap tapi tak semestinya dia ada kuasa mutlak. Saya tak amalkan cara itu,” katanya. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13495

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8148

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news