Janji PRU Pakatan Harapan akan dilaksana – Dr Mahathir 0 3045

KUALA LUMPUR: Kerajaan berpegang kepada janjinya yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 dan komited untuk merealisasikannya, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau bagaimanapun berkata tumpuan kerajaan Pakatan Harapan (PH) bukan sekadar melaksanakan janji-janji berkenaan sahaja malah usaha turut dibuat untuk memperbaiki semula pentadbiran kerajaan.

“Dalam masa 100 hari ini juga banyak kerja yang perlu dilaksanakan kerajaan. Yang diutamakan ialah tindakan membersihkan kerajaan daripada kerosakan hasil daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa yang melanda jentera kerajaan terdahulu,” kata Dr Mahathir pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, usaha ini dibuat antaranya menerusi tindakan undang-undang terhadap jenayah yang dikesan dalam kerajaan, usaha mengesan dan membawa balik wang milik kerajaan yanghilang, menyusun semula jabatan dan seumpamanya. 

Dalam pada itu, Perdana Menteri  berkata jabatan dan agensi kerajaan juga sedang meneliti mekanisme pelaksanaan janji-janji itu supaya ia dapat dilaksanakan secara teratur dan mengikut undang-undang.

Merujuk kepada 10 janji 100 Hari yang dibuat PH menjelang PRU14, Dr Mahathir berkata usaha melaksanakannya telah dibuat tetapi hasilnya tidak semua boleh dicapai dalam 100 hari bagi memastikan janji-janji itu dapat dilaksana dengan teratur dan mengikut undang-undang.

Katanya, selepas 70 hari PH membentuk kerajaan baharu sejak Mei lepas,  dua daripada 10 janji itu telah dilaksana, enam lagi dalam proses pelaksanaan manakala dua lagi belum dilaksana.

“Kerajaan komited untuk realisasikan kesemua janji itu atas dasar accountability kami kepada rakyat,” tegasDr Mahathir.

Contohnya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang melihat untuk melaksanakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk golongan suri rumah.

Janji yang tidak melibatkan kos juga telah dilaksana seperti penghapusan senarai hitam melibatkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata beliau. – BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13505

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8150

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news