Pesawat MAS berpatah balik 0 3093

– Foto twitter Flightradar24

KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH134 dari Brisbane ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada jam 11.18 malam tadi akibat isu teknikal yang berlaku selepas pesawat itu berlepas.

MAS dalam satu kenyataan berkata, di atas faktor keselamatan penumpang dan anak kapal, juruterbang yang bertugas membuat keputusan untuk berpatah balik ke Brisbane.

“Penerbangan itu yang dijadualkan mendarat di Kuala Lumpur pada jam 5.50 pagi ini, selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada jam 12.34 malam. Pemeriksaan teknikal ke atas pesawat terbabit sedang dijalankan.

“Penginapan, makanan dan pengangkutan untuk penumpang pesawat berkenaan sudah diuruskan. Pihak kami juga berusaha keras memastikan penumpang dapat tiba ke destinasi mereka dalam waktu terdekat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Syarikat penerbangan itu turut memohon maaf kepada semua penumpang atas kesulitan berkenaan sehingga menyebabkan rancangan perjalanan terganggu.

Sementara itu, pesawat berkenaan kemudiannya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 7.50 pagi tadi–BH Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13508

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8151

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news