JDT bolot 9 anugerah bola sepak kebangsaan 0 6152

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menguasai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2018 apabila membolot sembilan anugerah pada majlis berkenaan yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, malam ini.

Pemain sayap JDT, Muhammad Safawi Rasid yang membantu skuad Harimau Selatan meraih kejuaraan Liga Super buat kali kelima berturut-turut sejak 2014, melengkapkan musim ini dengan dinobatkan selaku pemain paling bernilai (MVP), selain turut menggondol dua anugerah lain – pemain muda harapan dan pemain tengah terbaik.

JDT turut memenangi enam anugerah lain merangkumi penjaga gol terbaik (Farizal Marlias), pemain ASEAN terbaik (Hariss Harun), pasukan terbaik, penyokong terbaik, media sosial terbaik dan laman web terbaik.

Juara Piala Malaysia, Perak pula memenangi dua anugerah melalui pemain pertahanan terbaik menerusi Shahrul Mohd Saad selain Mehmet Durakovic dari Australia yang dinobatkan selaku jurulatih terbaik.

Pemain muda Kedah, Muhammad Akhyar Abdul Rashid pula memenangi anugerah penyerang terbaik manakala penyerang import Selangor, Rufino Segovia del Burgo dari Sepanyol, menyapu dua anugerah – pemain import terbaik dan anugerah kasut emas (penjaring terbaik) Liga Super dengan 31 gol.

Berikut senarai penuh pemenang ABK 2018:

Penjaga Gol Terbaik: Farizal Marlias (JDT)

Pertahanan Terbaik: Shahrul Mohd Saad (Perak)

Pemain Tengah Terbaik: Muhammad Safawi Rasid (JDT)

Penyerang Terbaik: Muhammad Akhyar Abdul Rashid (Kedah)

Jurulatih Terbaik: Mehmet Durakovic (Perak)

Pemain Wanita Terbaik: Nurul Azurin Mazlan (Penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan)

Pemain Import Terbaik: Rufino Segovia del Burgo (Selangor)

Pemain ASEAN Terbaik: Hariss Harun (JDT)

Pemain Muda Harapan: Muhammad Safawi Rasid (JDT)

Pemain Paling Popular: Lee Andrew Tuck (Terengganu FC)

Anugerah Kasut Emas (Penjaring Gol Terbanyak): Rufino Segovia del Burgo (Selangor) – 31 gol

Penyokong Terbaik: JDT

Media Sosial Terbaik: JDT

Laman Web Terbaik: JDT

Anugerah Mesra Media: Yusri Che Lah (Ketua jurulatih Kelantan)

Anugerah Persahabatan: Hafizh Syahrin Abdullah (Pelumba MotoGP negara)

Anugerah Fair Play: Melaka

Anugerah Komuniti: Kedah Kenari Kid

Penjaring Terbanyak Liga Super: Rufino Segovia del Burgo (Selangor) – 31 gol

Penjaring Terbanyak Liga Super (Tempatan): Shafiq Shaharudin (Kelantan) – 6 gol

Penjaring Terbanyak Liga Premier: Anselmo Arruda Da Silva (Felcra FC) – 19 gol

Penjaring Terbanyak Liga Premier (Tempatan): Bobby Gonzales (Sarawak) – 13 gol

Best XI: Farizal Marlias, Marcos Antonio, Muhammad Safawi Rasid (JDT); Kamal Azizi Zabri, Lee Andrew Tuck, Thierry Chantha Bin, Mohd Faiz Mohd Nasir, Brice Hermann Tchétché Kipré (Terengganu FC); Shahrul Mohd Saad (Perak); Mohd Rizal Ghazali, Muhammad Akhyar Abdul Rashid (Kedah)

– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7783

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5399

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news