Jenazah Adam Rayqal  selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ladang 0 3480

Mohd. Sufi Naeif menyiram pusara anaknya, Adam Rayqal dengan air mawar sambil diperhati ahli keluarganya di Tanah Perkuburan Islam Ladang, Kuala Terengganu sebentar tadi. Foto oleh FARID JANUDIN.

KUALA TERENGGANU – Jenazah bayi lima bulan Adam Rayqal Mohd. Sufi yang ditemui mati di dalam peti ais rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor semalam selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Ladang di sini sebentar tadi.

Suasana pilu menyelubungi upacara pengebumian anak sulung pasangan Mohd. Sufi Naeif Mohd. Fauzi, 28, dan Farrah Madihah Othman, 28, tersebut yang selesai sepenuhnya pada pukul 10.30 malam.

Seramai hampir 1,000 orang termasuk ibu bapa, ahli keluarga dan sanak saudara menghadiri upacara pengebumian berkenaan.

Terdahulu jenazah Adam Rayqal selamat tiba di kediaman keluarga bapanya di Taman Chendering Utama di sini pada pukul 9.25 malam.

Turut menziarahi jenazah di kediaman tersebut ialah Menteri Besar Terengganu, Dr. Samsuri Mokhtar.

Solat jenazah bayi itu kemudiannya disolatkan Imam Shafiq Haqimi Ambak bersama lebih 1,000 jemaah di Masjid Al-Muktafibillah  Shah, Ladang di sini.
Adam Rayqal ditemui mati di dalam peti ais di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor pada pukul 11 malam semalam.

Sebelum itu, Adam Rayqal dilaporkan hilang setelah pengasuhnya berusia 32 tahun mendakwa telah diambil oleh seorang lelaki pada pukul 6.30 petang.

Begitupun, sepasukan polis yang mencurigai kenyataan pengasuh terbabit telah melakukan pemeriksaan di dalam rumah wanita itu dan menemui mayat bayi tersebut di dalam beg pakaian berwarna hijau yang disumbat di bahagian sejuk beku peti ais. – K! ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13998

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8190

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news