Jerman jadi bahan jenaka 0 5569

MOSCOW, Russia: Internet bertukar menjadi kejam buat peminat Jerman ini tatkala jenaka mengenai penyingkiran juara bertahan Piala Dunia itu kini tersebar ke seluruh dunia.

Satu demi satu jenaka memenuhi media sosial selepas mereka tewas 0-2 kepada Korea Selatan yang menghukum Die Mannschaft pulang awal buat kali pertama dalam tempoh 80 tahun.

“Jangan sebut tentang VAR,” menjadi jenaka yang kerap diulang, manakala media Brazil membalas dendam atas kekalahan 1-7 kepada Jerman pada Piala Dunia 2014.

“AHAHAHAHAHAHAHAHAHA…” demikian mesej Twitter daripada Fox Sports Brasil yang menggunakan 272 karakter.

Dalam aksi penuh dramatik di Kazan, jaringan pembukaan Kim Young-gwon  pada masa penamat dikira sah selepas campur tangan Video Bantuan Pengadil (VAR), sebelum Son Heung-min menambah gol kedua beberapa minit kemudian.

“Penyingkiran Jerman paling pantas dari Russia sejak 1943,” kata seorang pengguna, manakala seorang lagi menghantar gambar tuala Jerman memenuhi semua tempat duduk di sebuah pesawat yang kosong.

Penyokong Mexico paling gembira selepas kemenangan Korea Selatan saat akhir membolehkan mereka layak menyertai 16 pasukan terakhir di belakang juara Kumpulan F Sweden manakala Jerman di tangga terciorot.

Aeromexico menawarkan diskaun 20 peratus penerbangan ke Korea Selatan, dengan imej Twitter sebuah pesawat dengan tulisan “AeroCorea”  dan slogan, “Kami sayang kamu Korea!”

Ryanair memuat naik gambar peminat Jerman yang tidak gembira, menawarkan  “Loew fares” (tambang murah) yang merujuk kepada jurulatih Jerman Joachim Loew.

Satu jenaka di Jerman menunjukkan seorang petugas pasaraya bertanya kepada Loew, “Adakah anda mengutip sebarang mata? “dan jurulatih itu berkata “Tidak.”

Sementara itu penyerang England yang kini pengulas televisyen Gary Lineker merombak kembali kata-katanya. “Bola sepak sukan yang mudah. Dua puluh dua orang mengejar sebiji bola selama 90 minit dan pada akhirnya Jerman sentiasa menang.”

Kali ini dia menghantar mesej Twitter: “Bola sepak sukan yang mudah.Dua puluh dua orang mengejar sebiji bola dalam tempoh 90 minit dan Jerman tidak selalunya menang. Versi terdahulu kini tinggal sejarah.” – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13504

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8149

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news