KUCHING: Jalan Matang-Stapok, projek Bulatan Abang Kipali dan projek Naik Taraf Batu 10 hingga Batu 15 Kuching/Serian dijangka siap sepenuhnya sekitar April dan Mei depan.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof selepas melawat tapak projek pada Khamis berkata, laluan baharu empat lorong Matang-Stapok menalan kos RM145 juta masih dalam pembinaan.
Manakala jambatan penghubung jalan tersebut sudah siap.
Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya turut kesal berlaku kes curi besi dalam projek tersebut yang turut melambatkan kerja selain mendedahkan pengguna jalan raya kepada bahaya.
Bagi Projek Naik Taraf Batu 10 ke Batu 15 Jalan Kuching/ Serian menelan kos RM84.5 juta dijangka siap Mei depan dan dijangka dapat digunakan pada sambutan Gawai akan datang.
Projek tersebut merupakan sebahagian daripada projek Lebuh Raya Pan Borneo sejauh 9.2 kilometer, memiliki empat lorong dua hala.
Projek tersebut merupakan sebahagian daripada projek Lebuh Raya Pan Borneo sejauh 9.2 kilometer, memiliki empat lorong dua hala.
Foto : Jabatan Kerjaraya
Menyentuh tentang projek Bulatan Abang Kipali yang sepatutnya siap Februari, tetapi faktor hujan menyebabkan kerja mengorek tanah perlahan dan ia dijangka siap sekitar Mei akan datang.
Sementara, Fadillah mengumumkan projek Jambatan Batang Samarahan juga dijangka siap pada Mei.
Fadillah turut memberitahu kerajaan merancang membina jalan raya bernilai RM90 juta sejauh 4.5 kilometer menghubungkan Jalan Temenggung Tan Meng Chong ke Jalan Stapok Utama. –Sarawakvoice