Peruntukan besar untuk Sabah Dan Sarawak bukti ketulusan – Najib 0 5625

KOTA MARUDU: Peningkatan besar peruntukan bagi projek pembangunan di Sabah menunjukkan ketulusan hati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi perhatian kepada penduduk di negeri ini dan Sarawak.
“Beliau (Najib) adalah perdana menteri yang paling prihatin,”kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang juga Anggota Parlimen Kota Marudu.
Beliau berkata peningkatan peruntukan bagi infrastruktur asas seperti jalan, air, kesihatan, perumahan luar bandar dan pendidikan adalah bukti keikhlasan pemimpin nombor satu negara dalam merapatkan jurang pembangunan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
“Pelajar sekolah kami terus menikmati bantuan seperti pakaian seragam dan kasut percuma dan juga menerima bantuan pendidikan seperti KWAMP (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin), bantuan RM100 untuk pelajar serta Siswa 1Malaysia, untuk meringankan beban ibu bapa pada permulaan penggal baharu persekolahan,”kata beliau.
Ongkili berkata demikian selepas menyampaikan bantuan pendidikan RM100 kepada 697 pelajar tiga buah sekolah di sini iaitu Sekolah Kebangsaan Tigaman, Sekolah Kebangsaan Mangaris dan Sekolah Kebangsaan Tagaroh semalam.
Selain itu, beliau berkata Najib telah mengumumkan peruntukan yang tidak pernah diumumkan dahulu iaitu sebanyak RM1 bilion tahun ini bagi membangunkan dan menaik taraf sekolah di Sabah dan Sarawak.
“Di bawah fasa pertama program, 107 sekolah di luar bandar telah dipilih dan kira-kira setengah bilion telah diperuntukkan sama ada untuk membaiki dan membina semula sekolah-sekolah daif, pembinaan bilik darjah baharu serta menaik taraf sistem pembetungan,”kata beliau.
Beliau menggesa ibu bapa dan guru untuk bekerjasama dengan pihak sekolah demi memastikan pelajar mendapat bimbangan yang secukupnya untuk mencapai kecemerlangan dan berusaha ke arah kecemerlangan dalam pendidikan.
Selain itu, beliau berkata projek pembangunan lain termasuk pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, yang sedang dilaksanakan bertujuan untuk merapatkan jurang antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
“Ini mencerminkan ketulusan perdana menteri dan komitmen penuh beliau untuk memastikan pembangunan di Sabah dan Sarawak seiring dengan di Semenanjung.– BERNAMA
Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13372

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8123

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news