Masjid Terapung Tebingan Kuching siap hujung tahun ini 1 5840

KUCHING: Hasrat penduduk tempatan melihat masjid terapung pertama seumpamanya di Sarawak yang turut menghiasi Tebingan Sungai Kuching sebagai satu lagi mercu tanda kebanggaan negeri sebelum ketibaan Aidilfitri tahun ini tidak kesampaian, apabila penyiapannya tertunda sehingga hujung tahun ini.
Timbalan Pengerusi Lembaga Amanah Khairat Masjid Bandar Kuching Dr Syajahan Sayed Ahmad berkata 60 peratus daripada projek pembinaan masjid itu telah pun disiapkan, namun ia tersasar dari tarikh asal penyiapannya yang awalnya dijadualkan siap bulan depan.
Beliau berkata projek pembinaan masjid itu dimulakan sejak 2016 bagi memenuhi keperluan tempat beribadat yang selesa, khusus menggantikan Masjid India di Jalan Gambier yang semakin sesak, terutama pada hari Jumaat.
β€œBagi mengelak apa-apa lagi risiko lanjutan tarikh penyiapannya, pihak kami mengadakan perjumpaan dengan pihak kontraktor setiap bulan bagi memastikan kelancaran projek,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di semalam.
Menurutnya selain sumbangan kerajaan negeri, derma ikhlas daripada individu, pihak korporat dan orang ramai juga banyak membantu dalam menjayakan projek pembinaan masjid yang dianggar bernilai RM15 juta itu.
Syajahan berkata masjid dua tingkat dengan reka bentuk menarik itu nanti boleh memuatkan sekitar 1,600 jemaah pada satu-satu masa, dan keunikannya terletak pada sebahagian tapaknya yang berada di tebing sungai, manakala sebahagian lagi di atas sungai, yang membolehkan ia dinobatkan sebagai Masjid Terapung.
Beliau berkata apabila masjid ini disiapkan, masjid lama yang dikenali sebagai Masjid India di Jalan Gambier itu akan dijadikan sebagai madrasah, dan dimanfaat sebaiknya bagi kegiatan ilmu yang berunsur keagamaan.
Katanya beliau berharap usaha pembangunan masjid itu akan berjaya menarik lebih ramai menunaikan ibadat di masjid baharu tersebut kerana kedudukannya yang lebih mudah dilihat, di samping terletak di kawasan yang menjadi tumpuan ramai pelancong.
Menurutnya ia berbeza sekali dengan kedudukan Masjid India ketika ini yang agak tersorok, yang sering kali hanya disedari kewujudannya oleh orang ramai di kawasan itu apabila kedengaran azan.– BERNAMA
Spread the news
Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13403

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8131

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news