JPJ keluar 315 saman sempena Ops Ambang Merdeka di seluruh Sarawak 0 7298

KUCHING: Sejumlah 315 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Ops Ambang Merdeka di seluruh negeri yang dijalankan bermula dari jam 10 pagi semalam hingga 4 pagi Jumaat.

Dalam operasi tersebut, didapati saman membabitkan kesalahan-kesalahan seperti tiada lesen memandu, tamat tempoh Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan modifikasi kenderaan paling banyak dikeluarkan.

β€œSetakat jam 9 malam ini (Khamis), sebanyak 172 saman dikeluarkan melibatkan kesalahan seperti tiada lesen memandu yang mana masih merupakan antara kesalahan tertinggi dicatatkan di negeri ini diikuti tamat tempoh LKM,” kata Pengarahnya Mohd Syafiq Anas Abdullah.

Operasi khas tersebut semalam diadakandi MJC, Batu Kawah yang melibatkan kira-kira 100 anggota dan pegawai JPJ cawangan Kuching.

β€œManakala Sibu, Miri dan Serian akan bermula 10 malam ini sehingga 4 pagi esok (hari ini) kerana kita menjangkakan malam merdeka ini akan banyak kenderaan keluar,” katanya ketika ditemui pemberita.

Kuching mencatatkan jumlah saman terbanyak dikeluarkan iaitu sebanyak 106,diikuti Sibu (40), Miri (35), Serian (30), Sri Aman (28), Betong dan Bintulu (19). – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13449

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8138

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news