Seribu saman dikeluarkan pada Ops Samseng Jalanan di Kuching 0 6928

KUCHING: Polis mengeluarkan 1,110 saman bagi pelbagai kesalahan lalu lintas dalam operasi Ops Samseng Jalanan yang diadakan pada 1 hingga 20 Ogos lalu di sekitar bandar raya ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ng Ah Lek berkata, saman itu dikeluarkan menerusi 36 operasi dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di kawasan yang dikenalpasti.

“Polis turut menangkap enam individu di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandusecara melulu dan membahaya.

“Manakala dua lagi individu dirujuk kepada Bahagian Siasatan Narkotik atas kesalahan memiliki dadah terlarang,” katanya ketika berucap sempena Perhimpunan Bulanan IPD Kuching hari ini..

Pada masa sama Ng memberitahu dalam ops itu juga, sebanyak 1,313 kenderaan diperiksa terutamanya melibatkan motosikal.

Tambahnya, daripada jumlah itu, sebanyak 40 motosikal pelbagai jenis disita di bawah Seksyen 60 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1978.

“Syabas dan tahniah kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik atastindakan berterusan dalam membendung gejala samseng jalanan yang menjadi barah di kalangan anak muda masa kini,” ujarnya. – Utusan BorneoΒ Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13401

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8131

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news