Kadar GST Tidak Naik Selepas PRU14 – Zahid 0 5574

BAGAN DATUK: Kerajaan memberi jaminan tidak akan menaikkan kadar enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) walaupun selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengiraan yang dibuat kerajaan mendapati kadar sedia ada mencukupi dan mampu memberi pendapatan lebih RM40 bilion kepada negara.

Dalam pembetangan Bajet 2018 pada tahun lalu, katanya, kerajaan juga menjangka adanya peningkatan pendapatan daripada hasil petroleum iaitu daripada AS$52 setong meningkat kepada AS$70 setong sebelum ini.

“Pendapatan negara melalui hasil minyak yang diperoleh daripada dividen Petronas mampu membantu kerajaan melaksanakan projek yang ada di dalam Manifesto Barisan Nasional (BN).

“Ia juga mampu menampung kenaikan satu gaji tahunan penjawat awam yang diumumkan baru baru ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata dakwaan kenaikan kadar GST itu dibangkitkan pihak tertentu yang sengaja mahu merosakkan kepercayaan rakyat terhadap BN yang memerintah negara.

Beliau berkata perkara itu tidak berasas kerana Kementerian Kewangan dan Bank Negara sendiri tidak melihat perlunya kadar sedia ada dinaikkan.

“Pendapatan kita bukan sahaja cukup tetapi mampu menampung belanjawan yang diumumkan malah untuk 5 tahun akan datang,” katanya. – BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13503

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8149

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news