Kalau boleh, saya mahu jadi Menteri Kerja Raya β€” Baru Bian 0 5606

KUCHING: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian memilih untuk menjawat portfolio Menteri Kerja Raya atau Menteri Pembangunan Jalan, jika ditawarkan jawatan dalam Kabinet.

Dalam wawancara dengan sebuah akhbar tempatan, beliau memberitahu, beliau cenderung kepada portfolio itu untuk memastikan semua kawasan luar bandar di negeri ini dihubungi.

“Saya pernah menyuarakan hal ini kepada Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing bahawa kita perlu ada lebuh raya yang menghubung kawasan pesisir terus ke luar bandar dan membuka seluruh kawasan pedalaman.

“Hanya dengan adanya prasarana yang lengkaplah maka peluang lain akan turut hadir seperti pelancongan dan pembangunan tanah.

“Penduduk luar bandar kemudian dapat membawa hasil tuaian mereka lebih mudah ke pasar.

Bagi Baru Bian, 59 tahun, yang berasal dari Lawas, jalan raya adalah keutamaan.

“Ia adalah katalis atau pemangkin pembangunan di luar bandar untuk meningkatkan taraf hidup.

Contoh terbaik katanya, ialah Lawas, yang jaraknya ke Bario sekitar 190 kilometer.

“Dari Lawas ke Long Semadoh adalah sekitar 100 kilometer, dari Long Semadoh ke Ba’kelalan 50 kilometer dan Ba’kelalan ke Bario 40 kilometer.

“Bayangkan jika jalan ini diturap, penduduk boleh memandu kereta dari Long Semadoh, Ba’kelalan dan Bario umpama memandu dari Serian ke Kuching, sekitar 35 minit.

Katanya, dengan kemudahan yang lebih baik, generasi kedua dan ketiga seperti dirinya dari kawasan luar bandar sudah pasti akan balik ke kampung dan mengusahakan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

“Ini amat mendesak. Keperluan Sabah dan Sarawak tidak pernah mendapat perhatian sewajarnya apabila kita bercakap mengenai Perjanjian Malaysia dan membentuk Malaysia pada 1963.

“Saya masih ingat, saya pernah memetik ucapan Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj yang mengakui pembentukan Malaysia adalah kerana mahu membawa Sabah dan Sarawak membangun setaraf Malaya.

Tegasnya, rakyat kini bercakap betapa Sarawak ketinggalan 10 tahun di belakang Semenanjung.

“Sekarang … keadaan lebih buruk daripada 10 tahun lalu, seolah-olah mereka lupa akan tujuan penubuhan Malaysia,” tambahnya lagi. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14891

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8354

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news