Abdul Jalil calon PKR akan beri tentangan sengit kepada Hanifah Taib di Mukah 0 5565

MUKAH: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Abdul Jalil Bujang bakal menentang sengit calon PBB-Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-14 di kerusi Mukah.

Pemerhati politik kini mengkategorikan kerusi majoriti Melanau itu sebagai antara kerusi panas di negeri ini.

Suhu panas meningkat ekoran penampilan Hanifah Taib, anak Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud yang pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Balingian dari 2001 hingga 2014.

Balingian, Tellian dan Dalat merupakan tiga kerusi DUN di bawah Parlimen Mukah.

Pasukan Hanifah, termasuk bapa saudaranya Ali Mahmud difahamkan akan berkampung di Mukah pada tempoh kempen 11 hari bagi memastikan calon payung terjun itu mampu menewaskan Abdul Jalil.

Hanifah juga difahamkan telah mengatur strategi kempen bagi memastikasn beliau tidak kecundang dan kempunan menjadi Ahli Parlimen.

Meskipun pernah tewas dalam beberapa pilihan raya sebelum ini, calon PKR kali ini dikatakan lebih bersemangat dan yakin.

Beliau dipercayai mendapat sokongan daripada kalangan yang kecewa dengan penamaan Hanifah, 46, sebagai calon.

“Undi protes tentu akan menyebabkan laluan Hanifah tidak mudah kali ini,” kata seorang pengundi yang enggan dikenali.

Abdul Jalil pernah mencabar calon BN Yussibnosh Balo dalam pilihan raya kecil Balingian pada 2014, namun beliau kecundang.

Foto : FB Abdul Jalil

Kedua-dua ibu bapa Abdul Jalil berasal dari Mukah.

Bekas eksekutif Petronas itu difahamkan bekerja sebagai ahli perniagaan di Bintulu.

Pemilihan Abdul Jalil, 59, yang pernah bertanding pada pilihan raya DUN Sarawak ke-10 di DUN Jepak difahamkan diputuskan selepas mengambil kira semua pandangan termasuk pengalamannya.

Beliau berasal dari Bintulu tetapi mempunyai hubungan keluarga cukup kuat.

Nenek Abdul Jalil berasal dari Kampung Lintang Balingian di Balingian dan sering berulang-alik antara Bintulu dan Balingian untuk menziarahi ahli keluarga.

PKR yakin pengundi Mukah sudah cukup matang dalam PRU-14 untuk menilai latar belakang dan prestasi calon dalam membela nasib rakyat dan membawa suara rakyat dalam Dewan Rakyat.

“Hanifah tidak boleh mengambil mudah tentangan daripada Abdul Jalil. Beliau perlu meredakan kekecewaan dan kemarahan penyokong PBB dan rakyat,” kata pengundi berkenaan.

Difahamkan tujuh set borang telah dibeli oleh calon yang berminat bertanding dalam PRU-14 di kerusi Mukah.

“Kemungkinan besar ada calon Bebas yang akan bertanding di sini. Kehadiran calon Bebas hanya akan memecahkan undi pembangkang dan membantu Hanifah” kata pemerhati. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13524

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8153

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news