Kanak-Kanak 11 Tahun Mangsa Kelapan Rabies Di Sarawak 0 5576

KUCHING–Satu lagi kes kematian disebabkan rabies di Sarawak dilaporkan hari ini melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dari Kampung Sebangkoi Baru, Simunjan.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menerusi satu kenyataan berkata, kes itu disahkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

Kematian terbaharu itu menjadikan kematian manusia meningkat kepada lapan kes melibatkan manusia disebabkan rabies di Sarawak semenjak 30 Jun 2017 dengan satu kes dibenarkan keluar dari hospital.

Bagi tahun 2018 sahaja, jumlah kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak sehingga hari ini ialah tiga kes.

Mangsa terbaharu itu merupakan murid dari sebuah sekolah rendah di Simunjan dan kes mula menunjukkan tanda dan gejala pada 18 April 2018 seperti sakit serta lemah pada bahagian sebelah kanan lengan dan muntah-muntah.

Pada 19 April 2018, kes dibawa oleh ibu bapanya ke klinik swasta seterusnya ke Hospital Serian pada hari sama di mana beliau didiagnosis mengalami “Acute gastroenteritis” (AGE).

Bagaimanapun, semasa berada di wad Hospital Serian, keadaan kes semakin tenat dan pada 22 April 2018, kes telah mengalami serangan sawan.

Pada keesokan harinya, kes telah dirujuk ke Hospital Umum (HUS) Sarawak untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sampel klinikal dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan, Kuala Lumpur pada 2 Mei 2018 dan keputusannya didapati positif jangkitan virus rabies.

Keadaan kes semakin teruk dan meninggal dunia pada 3 Mei 2018 pada jam 12.06 tengah hari dengan penyebab kematian sebagai Rabies encephalitis.

Beliau disyaki pernah terdedah kepada gigitan anjing atau haiwan lain yang berpenyakit rabies berdasarkan tanda luka pada tubuhnya yang telah sembuh.

Namun begitu, hasil soal siasat bersama ibu bapa, mereka tidak dapat mengesahkan sama ada kes pernah digigit oleh anjing atau haiwan lain.

Sehingga 2 Mei 2018, terdapat 30 buah kawasan di lima Bahagian di Sarawak, iaitu Serian (21), Sri Aman (satu), Kuching (empat), Samarahan (tiga) dan Sarikei (satu ) telah diisytiharkan sebagai kawasan jangkitan rabies oleh Kerajaan Negeri Sarawak. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13514

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8151

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news