Kanak-kanak 2 tahun 5 bulan maut angkara difteria di Miri 0 5638

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun lima bulan di Miri, Sarawak disyaki mati kerana ‘difteria’ pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bekata,
kanak-kanak tersebut dipercayai tidak mendapat pelalian bagi difteria sejak lahir.

“Siasatan awal mendapati keluarga mangsa enggan mendapatkan pelalian atas dasar kepercayaan agama.

“Mangsa mula mengalami gejala demam, batuk, selsema dan kesukaran bernafas tujuh hari sebelum kematiannya,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Sepanjang tahun 2017 katanya, sebanyak 32 kes positif difteria telah dilaporkan di seluruh negara dengan tujuh (22 peratus) kematian.

“Majoriti (75 peratus) daripada kes dan kematian ini adalah dalam kalangan komuniti yang menolak pelalian.

“Pemberian pelalian difteria yang lengkap pada umur 2, 3, 5 dan 18 bulan mampu mencegah penyakit ini.

“Sekiranya kanak-kanak tidak diberikan pelalian difteria, mereka boleh dijangkiti bakteria Corynebacterium diphtheria yang disebarkan melalui titisan cecair pernafasan dan menjangkiti tekak (tonsil dan farink).

Bakteria ini katanya, akan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher, yang boleh menyebabkan kanak-kanak sukar bernafas.

Toksin ini jelasnya, juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis).

“Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang sangat tinggi.

Sehubungan itu katanya, pihaknya ingin menegaskan bahawa pelalian difteria yang lengkap mampu mencegah jangkitan ini dan sekiranya dijangkiti, gejala adalah ringan dan tiada komplikasi.

“Justeru, ibu bapa dan masyarakat diseru untuk memastikan anak-anak di bawah umur tujuh tahun diberikan imunisasi yang lengkap.

“Sekiranya terlepas tarikh, atau belum mendapat pelalian yang lengkap, segeralah ke fasiliti kesihatan terdekat untuk mendapatkan pelalian.

Kementerian Kesihatan jelasnya, ingin mengingatkan sekiranya terdapat tanda dan gejala seperti demam, sakit tekak, kesukaran menelan, atau bengkak leher, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13429

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8133

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news