Kanak-kanak patah tangan dipukul ibu saudara di Mukah 0 5524

MUKAH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun patah tangan kanan dipercayai akibat dipukul oleh penjaga dalam kejadian di rumah pekerja kilang minyak sawit di Selangau, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Jimmy Panyau berkata, polis menerima panggilan daripada doktor Hospital Mukah yang memaklumkan seorang kanak-kanak yang dihantar oleh penjaganya untuk menerima rawatan, selain patah tangan, turut mempunyai kesan lebam di bahagian muka, dada, belakang, kaki serta kulit terkupas di bahagian atas kemaluan, disyaki didera.

Susulan itu katanya, wanita berusia 25 tahun yang merupakan ibu saudara mangsa, diberkas sekitar pukul 12.25 tengah hari tadi.

“Suspek (penjaga) mengaku ada memukul mangsa menggunakan tangan danhanger(penyangkut) pakaian.”Tangan mangsa patah akibat dipukul oleh suspek dengan kayu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, suspek telah memukul mangsa dua hari lepas dan kali terakhir mangsa dipukul adalah hari ini, dengan menggunakan penyangkut pakaian.

Mangsa dihantar ke Hospital Mukah sebelum dirujuk ke Hospital Sibu untuk rawatan susulan.Difahamkan, ibu bapa mangsa telah bercerai,Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13405

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8131

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news