Hanya 43.5 peratus jumlah perkhidmatan dikenakan cukai di bawah SST – Lim Guan Eng 0 5555

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan hanya mengenakan cukai kepada 43.5 peratus jumlah perkhidmatan pada kadar enam peratus dalam pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September ini, berbanding 64.8 peratus jumlah perkhidmatan di bawah cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (foto fail), dalam pembentangan Rang Undang-Undang Cukai Perkhidmatan 2018 bagi bacaan kali kedua berkata, pelaksanaan cukai perkhidmatan yang baharu akan mengekalkan model dan skop kenaan berasaskan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 yang sudah dimansuhkan selaras pengenalan GST pada tahun 2014.

Namun begitu katanya, beberapa penambahbaikan kepada model dan skopkenaan sedia ada perlu dibuat bagi memudahkan pentadbiran cukai, mengurangkan kos menjalankan perniagaan dan meminimakan kelemahanyang terdapat di dalam sistem percukaian seperingkat.

Antara penambahbaikan yang akan dilakukan adalah, nilai ambang jualan tahunan atau nilai had jualan perniagaan bagi tujuan pendaftaran cukai perkhidmatan juga akan diseragamkan kepada RM500,000 setahun bagi semua perkhidmatan bercukai, jelasnya.

Bagi perkhidmatan restoran seluruh negara, katanya kerajaan akan diberikan kelonggaran dan dicadangkan akan dikenakan cukai perkhidmatan hanya apabila jualan tahunan mereka mencecahRM1 juta setahun.

Bagi penambahbaikan Skop Kenaan Cukai Perkhidmatan, Lim berkata, kepelbagaian layanan cukai adalah bercanggah dengan prinsip ketelusan danberpotensi menjadi kelemahan yang boleh dimanipulasi bagi tujuan pengelakan cukai selain merumitkan proses pentadbiran cukai.

Sehubungan itu, katanya bagi tujuan pelarasan, dicadangkan beberapa jenis perkhidmatan bercukai dibuat penambahbaikan dan penyeragaman.

Antaranya, perkhidmatan penginapan (hotel) diluaskan meliputi penginapan dan sarapan (bed and breakfast) (B&B), penginapan berkongsi, pangsapuri perkhidmatan dan inap desa.

Restoran diluaskan meliputi perkhidmatan penyediaan makanan minuman katering, bawa pulang, trak makanan dan penyediaan makanan minuman di kedai runcit.

Perkhidmatan insurans dan takaful kepada perniagaan (B2B) diluaskan meliputi perlindungan insurans am yang ditawarkan kepada individu (B2C) tetapi tidak meliputi insurans perubatan.Selain itu, cukai turut diluaskan kepada semua jenis perkhidmatan yang disediakan di kelab malam, kelab persendirian dan kelab golf/lapang sasar,perkhidmatan sewa-pandu meliputi semua penyewaan kenderaan  serta semua bentuk perkhidmatan telekomunikasi.

Beberapa perkhidmatan baharu juga akan dikenakan cukai perkhidmatan enam peratus, seperti aktiviti perjudian yang terdiri daripada nombor ramalan, kasino, kelab, loteri dan lumba kuda; perkhidmatan penerbangan serta catar kapal terbang (termasuk helikopter) domestik dan juga perkhidmatan teknologi maklumat, katanya

Di samping itu, menurut Lim, kadar cukai perkhidmatan bagi kad kredit dan kad caj akan dikenakan pada kadar spesifik RM25 setahun bagi kedua-dua kad utamadan kad tambahan.

Beliau turut menyentuh berkenaan kemudahan di bawah cukai perkhidmatan terdahulu iaitu sistem kontra yang mana akan dikekalkan.

Melalui kemudahan ini, penyedia perkhidmatan boleh menolak cukai perkhidmatan di dalam penyata bayaran bagi perkhidmatan yang dibatalkan, ditamatkan atau apa-apa sebab yang lain seperti mengurangkan premium atau diskaun, jelasnya.

Dengan penurunan beban cukai ini, Kerajaan Persekutuan berharap kekayaan negara akan dapat dikongsi dengan lebih meluas lagi di pelbagai lapisan masyarakat, khususnya bagi golongan kurang berkemampuan dan juga kelas menengah, katanya.

Beliau menambah, jumlah barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukaiSST adalah 10 kali ganda lebih besar dan sebanyak RM17 bilion dari segi kutipan cukai dijangka akan dipulangkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada rakyat pada tahun ini melalui perubahan sistem cukai ini. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13469

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8145

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news