KDN kaji pasport khas untuk orang kampung tunai umrah 0 5699

Menteri Dalam Negeri , Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata pihaknya akan mengkaji cadangan untuk menegluarkan pasport khas untuk masyarakat luar bandar menunaikan umrah.

Menurut beliau, cadangan itu akan diteliti sebelum sebarang keputusan diambil KDN.

Katanya, beliau mengambil maklum ramai penduduk luar bandar hanya menggunakan pasport sekali sahaja ketika menunaikan ibadah berkenaan dan selepas itu ia tidak digunakan lagi.

“Saya akan kaji cadangan itu memang biasa orang kampung pergi sekali, kita akan teliti jika dianggap oleh Jabatan Imigresen boleh dilaksanakan begitu.

“Mungkin pembayaran pasport tak sama dengan pasport kekal ini saya akan kaji, jelas beliau seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian semalam ketika menjawab pertanyaan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di Dewan Rakyat yang mencadagkan kerajaan membuat pasport khas yang berbeza dengan pasport kekal bagi penduduk luar bandar.

“Mereka hanya guna pasport sekali, pergi umrah sekali dia akan lupus.

“Saya sarankan agar bayarannya juga dapat dikurangkan dalam harga munasabah antara RM100 dan RM200 memadai mungkin lebih rendah bagi mereka,” kata Tuan Ibrahim. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13010

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news