Kebakaran tanah gambut 32 hektar burukkan jerebu di Miri 0 5735

MIRI: Seluas 32 hektar kawasan tanah gambut di Kuala Baram mengalami kebakaran memburukkan lagi masalah jerebu yang melanda Miri pada musim kering sekarang.

Unit Udara Bomba melakukan ‘Water Bombing’ menggunakan sebuah helikopter Mi17i bagi memadamkan api dari udara sekaligus mengawal api dari marak.

Operasi pada pukul 9 pagi itu diadakan di kawasan berdekatan Kompleks Kebajikan Hamidah di Permyjaya. Kompleks menjaga seramai 65 anak-anak yatim dari kawasan utara Sarawak yang kerap terjejas setiap kali kebakaran berlaku.

Anggota Bomba dan Penyelamat bersama kakitangan syarikat Naim bertungkus lumus memadakan kebakaran tanah gambut.

Lokasi lain adalah Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang juga terletak di Permyjaya. Seramai 26 anggota bomba termasuk krew udara yang melibatkan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah lori Isuzu dan seunit pam angkut.

Operasi pemadaman di darat turut dibantu pasukan sukarelawan bomba Naim seramai 16 orang. Pasukan Naim menggunakan sebuah jengkaut dan lima unit pam angkut untuk memadam kebakaran. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15222

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8395

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news