Kehadiran Malanjum cetus ura-ura ketua hakim baru 0 3080

Adakah sejarah bakal terlakar apabila Malaysia mendapat Ketua Hakim Negara yang baru dari Sabah dan Sarawak?

Ini susulan kehadiran Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum pada majlis istiadat angkat sumpah 13 menteri baru di Istana Negara hari ini.

Richard hadir bagi menyaksikan istiadat angkat sumpah para menteri.

Ketika ditemui pemberita pada majlis istiadat angkat sumpah jawatan menteri hari ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu wartawan Tun Md Raus Sharif  ‘sedang bercuti’ dan Malanjum bertindak sebagai wakil Raus.

Dr Mahathir berkata kerajaan sudah mempunyai calon menggantikan Rauf sebagai ketua hakim negara yang baru.

Pada masa lalu, ketika berlangsungnya istiadat angkat sumpah jawatan, seperti sewaktu Dr Mahathir Mohamad dan beberapa menteri dilantik, ketua hakim negara semasa itu hakim Md Raus menjadi saksi istiadat tersebut.

Bagaimanapun, dengan berakhirnya tempoh jawatan Hakim Raus bersama Hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin pada akhir bulan ini, di tambah pula kehadiran Hakim Malanjum hari ini, maka ia menguatkan lagi desas-desus berkenaan pelantikan itu.

Hakim paling kanan

Di antara kesemua hakim di Mahkamah Persekutuan, Hakim Malanjum merupakan hakim paling kanan di mahkamah tertinggi negara itu.

Bagaimanapun, jawatan beliau sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak dianggap sebagai kedudukan keempat daripada segi kekananan kehakiman negara selepas Ketua Hakim Negara, presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Ma’arop.

Hakim Malanjum, lulusan Uitm yang menyelesaikan pengajian undang-undangnya pada tahun 1976.

Beliau kemudian meneruskan khidmatnya sebagai Timbalan Pendakwa Raya dan peguam kanan di jabatan peguam negeri Sabah. Kemudian, beliau menyertai sektor swasta pada tahun 1981.

Pada tahun 1992, beliau dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman dan dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi pada tahun 1993.

Kadazandusun pertama

Pada tahun 2002, beliau dinaikkan ke Mahkamah Rayuan. Seterusnya, dalam usia 52 tahun, pada tahun 2005, beliau menjadi hakim Mahkamah Persekutuan yang paling muda.

Pada 26 Julai 2006, Hakim Malanjum dilantik sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak yang keempat. Beliau anak jati komuniti Kadazandusun yang pertama dilantik ke jawatan itu.

Hakim Malanjum memainkan peranan penting ke arah pembentukan Mahkamah Anak Negeri.

Beliau juga merupakan Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

Sebelum ini dilaporkan bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata beliau lebih suka Malanjum atau Zainun Ali dilantik sebagai ketua hakim negara. Dilaporkan juga, Sri Ram meminta Raus dan Zulkefli meletak jawatan lebih awal daripada tarikh akhir pada 31 Julai.

Malanjum akan mencapai usia 66 tahun pada Oktober 2018 ini dan boleh diberikan lanjutan selama enam bulan sebagaimana dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13511

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8151

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news