Kanowit: Penjawat awam Nurnia Azalea Priscila Edward, 26, ditemui mati di bilik sewanya di Sibu, Sarawak, Rabu lalu dipercayai akibat pendarahan di kepala kerana hentakan kuat menggunakan objek tumpul.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata punca itu dikenalpasti hasil bedah siasat terhadap mayat mangsa dijalankan di Unit Forensik Hospital Sibu pagi tadi.
Katanya, Bedah siasat juga mendapati mangsa mengalami banyak kesan kecederaan di muka, kepala dan leher kesan diikat dan dijerut.
Polis sedang mengesan Philip Uja, 40-an, juga berasal dari Kanowit bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu.
Jenazah Nurnia Azalea selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kanowit pagi tadi.