Kepimpinan GPS bebas rasuah – SPRM 0 6151

KUCHING: Semua pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg bebas daripada unsur rasuah.

Menurut Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak Encik Razim Mohd Nor berkata, dakwaan yang dibuat oleh Violet Yong adalah tidak benar sama sekali.

Jelasnya, GPS mempunyai sistem ekonominya sendiri dalam menguruskan hal-hal ekonomi di Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sidang akhbar mengenai teater Musikal “Semarak Pertiwiku” di Kuching, hari ini.

Tegasnya lagi, keadaan ekonomi Sarawak yang semakin kukuh membuktikan bahawa pepimpin-pemimpin Sarawak bebas dari rasuah. –

TVSarawak.com

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12985

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12366

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news