Projek Naik Taraf Kemudahan Air Bernilai RM81 Juta Dijangka Dapat Selesaikan Gangguan Air Di Daerah Meradong 0 6031

SARIKEI: Projek menaik taraf kemudahan air yang bernilai RM81 juta yang akan dimulakan tidak lama lagi dijangka akan dapat menyelesaikan masalah gangguan air di Daerah Meradong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong YB Datuk Ding Kuong Hiing berkata projek ini yang merangkumi pembinaan saluran paip utama dan pemasangan pam air serta pembinaan loji rawatan air di Daerah Meradong akan membolehkan penduduk tidak lagi mengalami masalah air.

“Naik taraf kemudahan air di Daerah Meradong ini dijangka akan dapat menambah 5 juta liter air dalam masa sehari berbanding 10 juta liter sehari ketika ini. Jumlah ini mencukupi untuk menyalurkan bekalan air bersih kepada penduduk Bandar dan Sungai Sian.

“Dengan jumlah air sebanyak 15 juta liter air sehari itu nanti akan turut dapat menyelesaikan masalah gangguan air di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarikei antaranya DUN Meradong, DUN Semop dan DUN Daro terutamanya kawasan Sungai Sian,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan Lawatan Memulakan Proses Pam Tangki Air Baru anjuran Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Meradong di Loji Perawatan Air Temedak, semalam.

Menurut Datuk Ding lagi, turut dilaksanakan ialah penukaran dua pam air yang baharu bagi menambah kapasiti dan bekalan air di Daerah Meradong.

“Selepas penukaran pam air ini nanti, ia akan melancarkan lagi proses penyaluran air sekaligus menambah kapasiti dan bekalan air kepada pengguna di Daerah Meradong,” tambahnya.

Projek naik taraf kemudahan air ini memberi fokus kepada kerja-kerja menaik taraf sistem paip dan pembinaan Loji Rawatan Air di beberapa lokasi di Daerah Meradong seperti yang telah diumumkan Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg sebelum ini.

Tender bagi projek tersebut telah pun dikeluarkan dan dijangka akan dimulakan tidak lama lagi.

Hadir sama Pegawai Daerah Meradong Badjuri bin Bidin, Pegawai JBALB Sarikei Chieng Ngih Wei, Pegawai JBALB Meradong Khairul Anwar bin Jefferi dan Pemanca Yii Hee Sieng. – Unit Komunikasi Awam Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12985

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12365

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news