Keputusan kes Petronas vs Kerajaan Sarawak diketahui esok – Sharifah Hasidah 0 5649

KUCHING: Keputusan mengenai permohonan kebenaran untuk memulakan prosiding berhubung dakwaan hak milik Petroleum Nasional (Petronas) terhadap sumber minyak dan gas di Sarawak yang diadakan hari ini di Mahkamah Persekutuan di Kuala Lumpur akan diketahui esok.

Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek Sarawak Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali yang berkata demikian menambah mahkamah mendengar hujah-hujah pasukan guaman Sarawak yang panjang lebar.

“Keputusan (mahkamah) dibuat esok pada kira-kira 9.30 pagi. Doakan yang terbaik buat Sarawak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan peguam dianggotai Peguam Negeri Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid, penasihat undang-undang negeri Dato Sri JC Fong, Timbalan Peguam Negeri Saferi Ali dan pegawai undang-undang Mohd Adzrul Azlan berhujah, antara lain:

“Kita berhujah Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai bidang kuasa eksklusif dan asli untuk mendengar usul ini”.

Petronas diwakili peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar dan Khoo Suk Chyi.

Kes itu diperdengarkan di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Tan Sri Ahmad Maarop.

Mahkamah hari ini bersidang kira-kira dua jam mulai 9.45 pagi – dalam kes yang menyaksikan Petronas memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) sebagai undang-undang terpakai bagi industri petroleum di Malaysia.

Kes tersebut pada asalnya didengar di mahkamah pada 12 Jun, tetapi ditunda ke hari ini.

Petronas pada 4 Jun, berkata, ia adalah pemilik eksklusif sumber petroleum, serta pengawal selia industri huluan di seluruh Malaysia termasuk di Sarawak.

“Petronas percaya penentuan oleh Mahkamah Persekutuan akan membantu memberikan kejelasan mengenai hak dan kedudukannya di bawah PDA.

“Petronas kekal komited untuk menyokong aspirasi Sarawak menyertai dalam industri minyak dan gas di negeri itu, selagi ia berada dalam rangka kerja PDA,” kata syarikat itu.

Beberapa hari lepas, Hasidah berkata Kerajaan Sarawak bersiap sedia menggunakan ‘senjata utama’ berbentuk dokumen penting berkaitan hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang diperoleh ketika delegasi kerajaan negeri berkunjung ke London, United Kingdom, Julai tahun lalu.

Dokumen yang enggan didedahkan secara terperinci kandungannya itu begitu penting untuk digunakan dalam penghujahan sama ada PDA 1974 masih boleh diterima pakai dalam pengurusan sumber minyak dan gas di perairan negeri ini.

“Dokumen dari London banyak membantu, semuanya adalah asli dan semua dokumen yang kita bawa balik ini akan digunakan sepenuhnya sebagai bukti yang diperlukan di mahkamah nanti.

“Oleh itu, kita yakin dapat menang dalam perjuangan mempertahankan hak eksklusif minyak dan gas Sarawak dan ini adalah pendirian kerajaan negeri,” katanya selepas ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri baru-baru ini. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15143

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8385

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news