Kerajaan cadang bina jalan baharu untuk Sarawak, elak lalui Brunei 0 5784

Pilihan yang sedang difikirkan ialah menggunakan Jalan Marudi ke Lawas kerana cadangan laluan itu boleh dilencongkan tanpa perlu melalui Brunei. – Gambar hiasan

MIRI – Kementerian Kerja Raya sedang melihat kemungkinan membina jalan raya alternatif di Sarawak tanpa melalui Brunei bagi memudahkan perjalanan pengguna jalan raya di sana.

Menterinya Baru Bian berkata satu pilihan yang sedang difikirkan ialah menggunakan Jalan Marudi ke Lawas kerana cadangan laluan itu boleh dilencongkan tanpa perlu melalui Brunei.

“Saya berharap kerajaan sekarang faham dan akan bersetuju dengan rancangan ini untuk lima tahun akan datang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penghargaan Pfizer Malaysia Health Fellows di sebuah hotel di sini hari ini. 

Baru berkata cadangan itu kali pertama dibangkitkan beliau sendiri semasa sesi penggulungan  bahas untuk Kementerian Kerja Raya di Dewan Rakyat baru-baru ini dan akan disusuli tidak lama lagi  kerana  rancangan ini akan membawa manfaat kepada penduduk di kawasan pedalaman seperti Baram, Limbang dan Lawas. 

Beliau berkata pada masa ini pengguna jalan hanya mempunyai satu pilihan melalui jalan darat dari Miri ke Limbang atau sebaliknya dengan menyeberangi sempadan Brunei yang merupakan sebahagian daripada  fasa kedua Lebuhraya Pan Borneo.  

Baru yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Ba’Kelalan berkata antara masalah yang dihadapi oleh pengguna jalan raya dari Malaysia ialah undang-undang ketat yang dikenakan oleh negara jiran  seperti cermin  gelap pada kenderaan.

Untuk rekod, Anggota Parlimen Limbang Hasbi Habibollah sudah menyuarakan isu ini di media tempatan   tahun lepas dan mahukan Kerajaan Persekutuan melakukan sesuatu selepas ramai pengguna jalan raya di Malaysia dikenakan saman kerana cermin gelap terutamanya mereka yang sering ke Limbang dan Brunei.

Hasbi mencadangkan isu itu dibincangkan antara Kerajaan Malaysia dan Brunei kerana ada pemilik kenderaan terpaksa mengeluarkan RM180 untuk membayar saman kepada agensi penguatkuasaan Brunei walaupun dalam kes tertentu, cermin gelap itu memang dipasang oleh pengeluar kenderaan. 

Selain daripada undang-undang lalu lintas yang ketat, pengguna jalan raya dari Sabah dan Sarawak perlu melalui lapan tempat pemeriksaan  Kastam, Imigresen dan Kuarantin jika mereka memandu dari Sarawak ke Sabah menerusi Brunei. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13464

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8143

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news