Kerajaan didesak haramkan penjualan rokok murah 0 8758

KUALA LUMPUR: Penjualan rokok murah yang tidak mematuhi undang-undang tembakau perlu diharamkan di negara ini sebagai langkah proaktif membendung ketagihan rokok dalam kalangan rakyat, khususnya pelajar.

Ini susulan tindakan Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) bersama 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menandatangani memorandum dan sepakat mendesak kerajaan segera mengharamkan rokok melanggar undang-undang dan rokok elektronik atau vape.

Pengarah Urusan British American Tobacco (Malaysia ), Erik Stoel berkata, isu lebih 300,000 pelajar dan lebih 3 juta perokok ketagih rokok melanggar undang-undang dilihat berpunca dasar kerajaan yang gagal membendung penjualan rokok murah di negara ini.

Katanya, pihak berkuasa sepatutnya bertindak secara produktif membendung penjualan tembakau berkenaan yang menjejaskan kesihatan masyarakat, selain membahayakan negara.

“Sungguh mengejutkan begitu ramai perokok menggunakan rokok melanggar undang-undang sehinggakan penggunaan rokok haram dan murah menjadi normal,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Stoel berkata, kerajaan seharusnya mengekalkan pendiriannya untuk membanteras kegiatan berkenaan kerana boleh memberi kesan hitam kepada ekonomi negara dari segi kutipan cukai.

Katanya, isu yang timbul bukan hanya penguatkuasaan undang-undang di kawasan sempadan untuk mengekang penyeludupan rokok berkenaan, sebaliknya mencakupi penguatkuasaan undang-undang dalam negara.

Beliau berkata, lebih menyedihkan apabila penjualan rokok haram seperti dibenarkan berleluasa di negara ini yang boleh menjejaskan kesihatan rakyat.

“Penjualan secara haram ini amat membimbangkan kerana mereka terus menjual rokok walaupun ada larangan bahaya menggunakan rokok itu daripada Kementerian Kesihatan,” katanya.

Laporan ekonomi baru-baru ini yang diterbitkan oleh Oxford Economics (Jun 2019), juga melaporkan Malaysia berada pada kedudukan teratas di dunia menggunakan rokok haram dengan sekitar 60 peratus daripada industri rokok adalah rokok haram.

Semalam, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat mendedahkan 300,000 pelajar berusia antara 10 hingga 19 tahun adalah pengguna vape semasa di negara ini.

Data itu diperoleh menerusi ‘Kaji selidik terhadap tembakau dan e-rokok di kalangan orang dewasa di Malaysia’ yang dijalankan ke atas pelajar di sekolah awam dan swasta baru-baru ini – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13013

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news