Sarawak kuat kuasa larangan import daging babi dalam tin dari China 0 6030

KUCHING: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) mengesan virus African Swine Fever (ASF) pada salah satu daripada 17 sampel luncheon babi dalam tin diimport dari China yang dilakukan ujian asid Deoxyribonucleic (DNA) ASF.

Pengarah JPVS, Dr Adrian Susin menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata virus berkenaan yang dikesan telah disahkan oleh Kesihatan Awam Veternari DVS, Salak Tinggi semasa ujian makmal menggunakan Real Time Polymerase Chain Reaction (q-PCR) pada 25 Oktober 2019.

“Setakat ini tidak ada jangkitan African Swine Fever ke atas babi dilaporkan di negeri ini. Pengesanan virus itu tidak mengubah status Sarawak sebagai negeri bebas ASF,” katanya.

Beliau berkata Sarawak telah mengenakan larangan pengimportan babi dan semua produk babi dari negara-negara dijangkiti ASF termasuk China sehingga diberitahu kelak.

Katanya, JPVS serta agensi-agensi lain akan melakukan pemeriksaan di semua pasar raya dan makanan yang dijangkiti virus berkenaan akan ditarik balik dari pasaran.

Manakala produk-produk yang masih penghantaran perlu menjalani mekanisme ujian “hold-test-release” bagi memastikan produk-produk berkenaan bebas dicemari virus ASF.

“Setakat ini, kami telah menahan 220kg produk-produk haiwan di semua pintu masuk dibawa oleh pelawat atau orang yang datang ke negeri ini.

“Kompaun telah dikeluarkan kerana pelanggaran syarat-syarat import eksport dengan pelbagai kesalahan di bawah Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 di pelabuhan laut,” katanya.

Bagaimanapun Dr Adrian berkata perkara paling penting ialah kesedaran dalam kalangan rakyat Sarawak mengenai langkah-langkah diambil kerajaan negeri bagi melindungi industri ternakan babi bebas daripada virus berkenaan. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12928

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12216

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news