Kerajaan Sarawak Adakan Jerayawara Perjelas Pindaan Kanun Tanah Sarawak 2018 0 5648

MARUDI – Kerajaan Sarawak akan menganjurkan jerayawara bagi memperjelaskan kepada rakyat Sarawak tentang pindaan Kanun Tanah Sarawak 2018 seperti yang diluluskan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata jerayawara itu akan diadakan seawal September depan, bertujuan menerangkan dengan teliti dan mendalam mengenai segala pindaan yang terkandung di dalamnya.

“Justeru saya mengingatkan rakyat, khususnya penduduk di rumah-rumah panjang supaya jangan salah faham dengan maklumat yang diterima.

“Sebaliknya jawatankuasa tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) Kabinet Negeri yang diketuai Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, akan mengadakan jerayawara bermula September depan, untuk memperjelaskan dengan terperinci mengenai pindaan tersebut dan kandungannya,” ujar beliau.

Penguang memberitahu demikian semasa berucap merasmikan ‘Gawai Mangkung Tiang’ atau merasmikan rumah panjang baharu di bawah pentadbiran Tuai Rumah Jelaping Jali di Sungai Arang B, Bakong Hilir, baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua ketua masyarakat, ketua kaum dan kaunselor supaya menghadiri jerayarawa itu kelak.

Penguang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, dalam ucapannya kemudian memohon semua parti supaya memberi sokongan padu kepada Kerajaan Sarawak dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam usaha mengembalikan hak-hak negeri ini yang terhakis.

Beliau berkata GPS adalah untuk rakyat Sarawak, parti yang berasal dari negeri ini dan ditubuhkan khusus untuk memperjuangkan hak dan keperluan rakyat negeri ini, yang hanya difahami oleh rakyat Sarawak sahaja.

Dalam perkembangan lain, beliau menyaran dan mengingatkan semua tuai rumah supaya membuka akaun untuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) rumah panjang dan kampung masing-masing bagi memudahkan bantuan dan peruntukan kerajaan (MRP) disalurkan terus ke akuan milik JKKK rumah panjang mereka.

Pada majlis yang sama, Penguang turut menyerahkan geran MRP kepada JKKK Rumah Jelaping sebanyak RM20,000, Biro Wanita Rumah Jelaping sebanyak RM10,000 serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Arang sebanyak RM5,000.

Pada masa yang sama, beliau turut mengumumkan projek transformasi luar bandar (RTP) bagi tahun 2018 iaitu memperbaiki jalan raya menuju ke Rumah Sayun dan Rumah Jelaping.

Terdahulu Penguang turut mengadakan lawatan ke Rumah Mering di Sungai Biar, Bakong dan menyerahkan geran MRP kepada JKKK Rumah Mering sebanyak RM24,000, Biro Wanita Rumah Mering (RM5,000), JKKK Rumah Ngumbang Tia (RM25,000), PIBG SK Sungai Biar, Bakong (RM10,000) dan turut menyampaikan geran MRP sebanyak RM40,000 daripada Douglas Uggah untuk JKKK Rumah Benang Pilang.

Hadir sama ialah isteri beliau, Datin Monica Jaya, Setiausaha Politik Ketua Menteri Alexander Asing serta tuai-tuai rumah panjang dan penduduk sekitarnya. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13523

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8153

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news