BINTULU: Kenderaan yang dipandu seorang lelaki dipercayai hilang kawalan lalu melanggar sebatang pokok di tepi Jalan Tanjung Kidurong sehingga menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian lewat petang kelmarin.
Begitupun seorang wanita dikenali Teresa Temoi yang menumpang kenderaannya terselamat dan hanya mengalami kecederaan dalam kemalangan tersebut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)Bintulu Mohamad Meramit berkata, mangsa Moh Woon Chai, 56, disahkan meninggal dunia oleh paramedik yang tibadi tempat kejadian semasa pemeriksaan dan usaha-usaha menyelamat mangsa.
Manakala penumpang wanita yang mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Bintulu untuk mendapat rawatan lanjut.
Katanya, pihaknya menerima laporan sekitar jam 6.12 petang dan bergegas ke tempat kejadian dengan sebuah jentera FRT dan EMRS bersama tujuh anggota diketuai Mustapha Wasli untuk operasi menyelamat mangsa dan operasi itu turutdibantu oleh anggota polis dari Unit Peronda Polis Bintulu. – Utusan Borneo Online