Kes buli : Empat pelajar ditahan di Sibu 0 5766

SIBU: Polis menahan empat pelajar lelaki tingkatan lima dan enam sebuah kolej vokasional di sini pada Isnin kerana disyaki terlibat kes buli sehingga mendatangkan kecederaan ke atas seorang pelajar lelaki lain baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit, walaupun kejadian itu berlaku kira-kira 9.20 malam pada 11 Feb lepas, mangsa hanya membuat laporan mengenai kejadian itu semalam kerana takut pada suspek.

Katanya dalam kejadian itu, mangsa didatangi keempat-empat suspek yang kemudian menutup mulutnya dengan menggunakan kain lalu menyalakan pemetik api di bahagian belakang badan, memukul seluruh badan dan menampar muka mangsa berkali-kali.

Mangsa merayu agar suspek menghentikan perbuatan tersebut tapi tidak diendahkan dan kejadian dikatakan berlanjutan sehingga pukul 11 malam, kata Stanley.

Berikutan itu pengadu mengalami kesan cedera, kesan lecur di belakang badan, tangan dan jari kanan kesan dicucuh pemetik api.

“Punca kejadian disebabkan salah faham antara mangsa dan suspek kerana seorang daripada suspek berkenaan berperwatakan lembut dan mangsa dikatakan pernah mempersendakannya,” katanya.

Menurut beliau, suspek mengaku melakukan perbuatan tersebut untuk memberi pengajaran kepada mangsa.

Polis, kata Stanley, akan mendapatkan perintah reman esok terhadap kesemua suspek bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.– BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15334

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8409

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news